KATA ALUAN PENGETUA
Assalamualaikum w.b.t dan salam sehati sejiwa.Terima kasih dan setinggi-tinggi tahniah saya ucapkan kepada semua guru dan pelajar serta kakitangan sekolah yang telah bertungkus-lumus dalam mencantikkan dan membuat penambahbaikan Surau At-Taqwa SAMTSSAAS secara langsung mahupun secara tidak langsung.
Dalam Surah Al Mujadalah Ayat 11 Allah berfirman, yang bermaksud: “Allah meninggikan darjat orang yang beriman di kalangan kamu dan orang yang diberi ilmu pengetahuan (dari kalangan kamu) dengan beberapa darjat”.
Sesungguhnya Allah Taala itu cantik dan suka kepada kecantikan. Berdasarkan kepada petikan hadis ini, maka pihak sekolah mengambil inisiatif di bawah Unit Surau At-Taqwa untuk mencantikkan dan mengindahkan surau. Ini merupakan salah satu usaha pihak sekolah untuk mengimarahkan lagi surau seiring dengan pelbagai aktiviti bakal dilaksanakan seperti Solat Dhuha berjemaah, KULTUM (Kuliah Tujuh Minit) dan lain-lain
Surau adalah mercu utama bagi sekolah agama.
Surau sebagai lambang keseimbangan ilmu duniawi dan ukhrawi.
Surau bukan hanya untuk guru pedidikan islam sahaja tetapi untuk semua guru dan warga sekolah ini. Jadi pengimarahan surau adalah usaha yang patut diberikn sanjungan.
Justeru itu, sambutlah langkah-langkah proaktif yang dirancang oleh Unit Surau At-Taqwa bagi meningkatkan ilmu-ilmu agama. Ilmu merupakan perkara asas yang perlu diberi perhatian oleh setiap individu Muslim kerana ia adalah perkara pokok dalam membina umat dan memberikan asas kepada kekuatan dan pembudayaan ilmu dalam kehidupan Muslim.
Subscribe to:
Posts (Atom)
No comments:
Post a Comment